








Zack managed the Press Conference event for my concert "Malam Seribu Tahun" and the release of my new song "Padam Dan Pergi" as the host. Pengacara yang tenang dan profesional. Paling efektif bila berganti dari Bahasa Malaysia ke Inggeris untuk keselesaan hadirin yang berbilang kaum

Zack pandai balance antara formal dan fun. Masa part serius, dia bawa dengan penuh adab dan profesional. Bila time game dan santai, dia boleh buat crowd engaged and enjoy the moment. Overall he's professional, charismatic, well spoken and high energy. Definitely recommended and 100% would book again for future events.

Saya bekerjasama dengan Zack sebagai pengacara majlis sejak tahun 2018. Beliau petah berkata, suara yang jelas serta bijak membaca situasi. Zack sangat pandai mengawal audiens dengan baik dan menangani situasi spontan dengan tenang tanpa menjejaskan flow majlis. Setiap acara dikendalikan dengan tersusun, kemas dan penuh yakin.



Harga perkhidmatan emcee adalah bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya, jenis majlis (wedding / corporate / event), tempoh pengacaraan, lokasi majlis. Setiap majlis adalah berbeza, jadi sebut harga diberikan secara custom supaya bersesuaian dengan keperluan sebenar anda. Apapun jangan risau tentang harga. Kita boleh bincang sampai jadi.
Saya mengendalikan pelbagai jenis majlis, termasuk majlis perkahwinan (akad nikah & resepsi), acara korporat, forum & seminar, pelancaran produk, konsert & acara besar. Setiap majlis dikendalikan mengikut keperluan dan suasana acara.
Gaya pengacaraan adalah fleksibel dan akan disesuaikan dengan jenis majlis, profil audiens, permintaan klien. Boleh formal, santai atau gabungan kedua-duanya tanpa menjejaskan adab dan profesionalisme.
Boleh, skrip dan atur cara dari klien sangat dialu-alukan.
Sekiranya perlu, saya akan bantu memperkemaskan ayat dan susunan supaya lebih kemas dan sedap didengar.
Perubahan saat akhir adalah perkara biasa dalam majlis.
Dengan pengalaman mengendalikan acara live, saya akan menyesuaikan pengacaraan tanpa menjejaskan flow atau membuat klien panik.
Ya. Perbincangan awal sangat penting untuk memahami flow majlis, keutamaan klien, jangkaan audiens.
Ini memastikan pengacaraan lebih teratur dan selari dengan kehendak majlis.